.jpg)
H ello!! hari ini seperti yang dijanjikan, sy ingin berkongsi dengan para follower berkenaan dengan topik yang menjadi minat sy sejak dulu lagi...
iaitu >>> ingin membuka sebuah butik busana dan mencurahkan segala inspirasi,cinta serta seni didalamnya..hehe..walaupun bunyinya mcm sukar utk dihasilkan tetapi insyaallah, jika sy berusaha lebih utk menjadi lebih berjaya dalam merealisasikan impian ni!!..hehe..skrip xleh blah, mcm duta produk lak..hihi..
okeh..topik pd hari ini ingin sy kongsikan bersama anda
.The Wedding.
Humm..'The Wedding' adalah antara topik yang sy suka.cinta.minat. Dah lama pendam dengan hobi ni, tp barulah dpt luahkan jgk!!..fuhhhh..lega...;p~~ tak tahula knp, tp minda sy ni suka bermain dengan Warna.Baju.Aksesori.~~ [sesuai lew dgn topik entry sy hr ni..hehe]
.Women Dreams Day.merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh para wanita yang ingin memasuki ke gerbang perkahwinan. Dalam mereka merancang aktiviti tersebut, mestilah kena ambil berat tentang pelengkap utama bagi menjayakan majlis bkn??. Antaranya, bakal pengantin haruslah prihatin dengan keperluan semasa & menyediakan segala-galanya yang mereka perlukan utk menjadikan Majlis Perkahwinan mereka satu kenyataan!!..
Antara pelengkap utama bagi majlis perkahwinan adalah cincin!!!
.Kuasa Cincin Pengikat Dua Hati.
.jpg)
Hurmm..mst terujakan kalau nk pilih cincin??? hehe..tp pemilihan cincin kahwin bkn mcm pilih baju..hihi..tetapi, pemilihan haruslah dibuat secara berhati-hati sebabnya, ianya bkn nk guna utk satu hari, sebaliknya sepanjang hayat..ingat tu..;p
Sebagai cincin bukti ikatan dua hati, pemilihan cincin memerlukan perancangan yang
teliti dan mengandungi maksud yang tersurat & tersirat didalamnya!!! yang pastinya sebentuk cincin akan menjadi simbol utk melahirkan. meluahkan & menyatakan perasaan.
Sejak dulu lg, sudah dibuktikan cincin mempunyai kuasa penyatuan, emosional, spiritual, & fizikal antara dua insan yang mempunyai perasaan kasih sayang~~~ Sebentuk cincin yang direka dengan istimewa bkn sje hnya cantik dimata, tp lebih bernilai dihati pemiliknya @ si penerima!!
.Pemilihan Warna, Bentuk Potongan Tepat Serlah Personaliti Wanita.

C incin memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan. Berbanding aksesori lain, cincin bagaikan 'kepala' samada dalam adat pertunangan mahupun perkahwinan. Malah, bagi adat merisik, hanya cukup membawa sebentuk cincin sebagai tanda hasrat hati utk menyunting gadis idaman.
Jika anda sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang & sedang mencari cincin yg bersesuaian dengan pasangan anda, beberapa perkara perlu diambil kira dalam memilih cincin bersesuaian tw!! kerana pemilihan cincin buat seseorang wanita sememangnya haruslah sempurna & membawa maksud yg mendalam.

Ingatlah, cincin mencerminkan personaliti wanita berkenaan. Warna, jenis batu, & bentuk potongan batu dan cincin memainkan peranan yang penting!! Sebagai contoh,warna dikatakan mencerminkan emosi dan personaliti seorang wanita. Misalnya warna biru dikatakan membawa makna ketenangan.

J enis batu pula menonjolkan kepada semua apakah jenis gaya yang dimiliki seorang wanita itu. Lazimnya, utk pertunangan atau perkahwinan berlian yang dianggap teman baik wanita menjadi pilihan.
Jangan bimbang jika anda hendak membeli cincin berlian, tetapi si gadis meminati warna tertentu kerana hari ini berlian juga didatangkan pelbagai warna. Berlian berwana merah jambu mengatakan seseorang itu unik dan menuntut perhatian daripada semua setiap kali beliau berjalan masuk ke bilik.
Potongan batu juga berperanan besar terutama berlian. Ada empat ciri potongan yang ketara bezanya diantara satu sama lain, iaitu potongan kusyen,pir ,zamrud, dan hati. Potongan Kusyen mempunyai sifat antik dengan gaya romantik serta kelihatan klasik, [fav Ms.Qeez!!] ehemm..manakala potongan Pir pula dibentukkan seperti setitis air lebih sesuai dijadikan buah rantai atau sepasang subang.
Potongan Zamrud juga dipanggil step cut kerana ia mempunyai ciri yang amat teguh dan leperan serupa seperti tangga. Potongan hati amat sinonim dengan sifat romantik dan banyak digunakan bagi cincin pertunangan untuk melambangkan cinta sejati~~~~

Sentuhan sempurna sebentuk cincin datangnya daripada jenis bahan yang digunakan bagi mengikat batu permata pilihan hati sebagai sentuhan terakhir cincin berkenaan.
Wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang tetapi juga kerana mereka ingin memakai aksesori yang senang dipakai dan pada masa yang sama mempunyai impak kuat pada penampilan. Sebab itulah wanita sanggup membeli sebentuk cincin yang beribu harganya.
Begitulah info dan sharing part yg sy ungkapkan kpd anda semua!!
~~ Terima Kasih sy ucpkan kpd follower sy sempat mngadap PC nk baca blog SiMisterina..hee~~ Zillion Terima kasih!!! Syg kamu semua!!..hurmm..actually, sy nk paparkan bentuk-bentuk cincin dan a few of images about rings..Humm, tp....nxt entry ya!! BUT as soon as possible..jgn risau..
~ J umpa anda di entri yg seterusnya~
~ End~

.jpg)
No comments:
Post a Comment