♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠
“Ya Allah.. Berikan aku kesabaran, kekuatan, ketabahan dalam menongkah arus dunia”
Dalam tidak sedar, mungkin jua seringkali kita merintih, meminta pertolongan daripada Allah tapi seringkali pula kita mengeluh tatkala Allah menimpakan ujian kepada kita.. Mengapa begitu?
“Allah dah tak sayang aku lagi”
“Kenapa lah malang sangat nasib aku ni..”
Sedarkah kita, sewaktu ujian sedang ditimpakan ke atas diri kita, sebenarnya Allah sedang mengajar kita untuk BERSABAR…. Allah sedang mengajar kita agar TABAH… Allah sedang mengajar kita supaya KUAT!!
Bukankah para nabi dan rasul juga ditimpakan ujian yang bertali arus? Adakah ujian yang kita lalui lebih teruk daripada ujian Nabi Ibrahim yang disuruh menyembelih anak kesayangannya sendiri.. Atau adakah kita dibaling najis, batu dan dicerca serta dihina seperti Rasul Junjungan kita, Muhammad s.a.w?
Sedih. Sungguh sedih hati ana apabila diberitahu ada ibu yang sanggup menggugurkan bayinya kerana takutkan kemiskinan, sedang di luar sana terlalu ramai ibu yang mahu kan anak…
Lupakah mereka pada firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar (Al-Israa’:31)
Sedih. Sungguh sedih apabila mendapat tahu ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa bercinta..
Sedih. Sungguh sedih apabila ada yang sanggup menyalahkan ibu bapa lantaran kekecewaan yang mereka hadapi…
Allah….. lupakah kita pada firmanNya yang bermaksud, Allah membebani seseorang berdasarkan kemampuannya. Mengapa kita terlalu suka menghukum diri sendiri sedang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…
Kita ini kan hamba…. Hamba selayaknya mengabdikan diri pada tuan nya… Kita ini kan tak punya apa.. Seorang yang tak punya apa seharusnya meminta pada yang Maha Pemurah… Kita ini kan khalifah… Seorang khalifah seharusnya BERJUANG TANPA JEMU…
Terkilan juga rasa di hati apabila ada yang mencerca sekolah-sekolah agama. Mungkinkah fahaman mereka telah disekularkan? Ntahla…
“Buat apa masuk kan anak kat sekolah agama, belajar arab, orang arab b***h”
“Masuk sekolah agama nak kerja apa? Takde masa depan!”
Allah… Sampai begitu sekali umat Islam kini dimewahkan dengan hal duniawi… Kamu itu agama apa? Apabila anak telah teruk, sudah tak jadi seperti orang, barulah tahu PENTINGNYA AGAMA DALAM KEHIDUPAN..
Anak-anak yang nakal terus dimasukkan ke sekolah agama… Namun, rebung sudah menjadi buluh.. Jadilah sekolah-sekolah agama ini dipenuhi dengan kanak-kanak yang nakal dan ibu bapa mula bersuara..
“Nama je sekolah agama, tapi perangai macam takde agama!”
Allah….
Bukankah anak-anak itu ibarat kain yang putih.. Tugas guru kah untuk mencorakkan mereka?... Ibu bapa yang terkena penyakit wahn(cintakan dunia dan takut mati) seringkali menuding jari ke arah orang lain, tanpa mereka sedari, suasana di rumah mereka itu sendiri tidak menggalakkan Islam menyerap ke dalam hati anak-anak mereka…
Ana kelu. Buntu. Tak tahu hendak taip apa lagi… Sedih dengan masyarakat Islam yang tidak menonjolkan imej Islam, moga kita dilindungi daripada ujian kekafiran….
Andainya kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah member keampunan kepadamu.. (Riwayat Ibnu Majah)
Smile… coz Allah LOVES ♥ you!
Wallahu’alam….....
♣ Petikan yg sy ambil ini adalah drpd blog sahabat baik sy..
.*Pengisian blog beliau byk mnyedarkan sy.
.sy psti, kpd sesiapa y mmbca..mungkin tersentap & berfikir bkn??.
.terpulang kpd anda yg mahu mngubah persepsi pemikiran anda sendiri.
.mungkin anda tidak sedar bhw Allah sentiasa memberikan petunjuk & hidayah.
.cuma kita sendiri yang tidak sedar.
.pkr ni selalu terjadi kpd kita semua..termasuk sy sndiri.
.kdg2 kita leka,TERlupa @ sengaja utk lupa.
.diharapkan..apa yg sy ulas tdi moga membawa sedikit keinsafan kpd anda yg membaca & juga sy sendiri..
INGAT! sahabat yg plg baik, adalah sahabat yg saling ingat-mengingati antara satu sama lain ♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iman adalah akidah.pokok pegangan hidup.kepercayaan
Iman mesti diikuti dengan amal
.Amal adalah buah daripada Iman.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Si Misterina
~ End~
♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠♠
No comments:
Post a Comment