April 16, 2010

A Piece of Remember...colours your life!!

adik-adikku  XD
Dear bloggie, 

apabila kita melakukan sesuatu yang indah dan amat sukar untuk putar balik masa ke zaman yg bahagia itu....kita namakannya KENANGAN..=)

Tidak kira manis atau pahit sekalipun ia tetap dipanggil memori yang susah untuk dilupakan!
Ramai yang cari perkara-perkara sebegini untuk mewarnakan lagi hidup mereka..
lagi cantik warnanya,lagi indah gambarnya bukan??

Apa yang terjadi dan bakal terjadi, tidak kira ianya pahit untuk dipandang atau indahnya kenangan itu bagaikan tidur diatas kamar yang dipenuhi dengan bunga-bunga..
fikirlah yang terbaik untuk biarkan ia berlalu dengan menyimpulnya sebagai pengajaran yang mewakili maksud  tersirat didalamnya...

Setiap kenangan ada konklusinya, ada pengajaran, ada mahasabah diri dan....
yang paling best!! 
ada keseronokan, kebahagiaan, kegembiraan, dan terasa kebebasan yang tidak pernah dirasai sebelum ini!
itulah yang sepatutnya dicari....

Kehidupan tidak indah kalau tiada kenangan yang mengajar diri...
bila teringat kenangan, terdetik hati untuk kembali pada saat itu..
masa tidak pernah kenal erti putar balik..semua orang tahu tu......=)
jadi, hargainya dengan sepenuh hati! 
Teruskan hidup dengan mencari banyak kenangan yang paling bahagia!
Lepaskan dan buang kenangan yang bisa membunuh hati anda dan tanam ia dalam pasu yang diselaputi besi yang berkualiti tinggi dan flash ia!!!! kalau itu yang boleh legakan hati...

Tapi.......ianya bukan semudah itu bukan???

bercakap dengan bersahaja memang senang, tapi kalau tak cuba xtahu!
Dengan menunggu masa merawat hati..tidak akan membuahkan hasil pun..
malah, akan rasa hati ini sentiasa diselubungi perasaan sakit di hati, sampai kilang air mata tidak dapat proses dengan betul, segala-gala yang dilakukan bagaikan ada yang tidak kena pada diri..sampai bila ianya akan berakhir? 
Tolong jangan hidup dalam keadaan yang tidak gembira..mungkin semua orang disekeliling kita akan rasa sedih cuma kita tidak perasan tentang itu..

Macam mana nak tahu tiba-tiba hati telah bebas dari kesedihan???

- Bangkit dari tapak kesedihan dan naik ketapak kebahagiaan!
- Bebaskan diri dan hati dari lingkungan jiwa yang terluka
- Ubati jiwa yang terluka dengan mendekatkan diri dengan TUHAN
- Memaafkan adalah perkara terbaik yang melegakan hati
- Dan balasnya dengan menggembirakan hati orang lain dan kawan-kawan!

semua pengalaman kenangan ini, banyak berlaku pada diri sy..dan sy cuba untuk reka teori keluar dari kelompok kesedihan ini menjadi satu saat kehidupan yang sy idamkan selama ni...iaitu, sy seronok menjadi diri sendiri, bahgia dapat mengenali sahabat, sy maafkan perkara yang sudah berlalu, sy patut kekal bermotivasi,sy patut buat apa yang sy nak buat,sy tetap berpegang dengan AGAMA yang sy pegang,[bukan pegang saje..adaptasi ia adalah penting!] dan.... 
I must enjoy and have fun with my life!

teori ni memang berhasil..dan anda juga patut reka teori anda sendiri..hargailah kehidupan yang anda miliki...
Tuhan ciptakan manusia untuk menjalani ujian yang Dia berikan, dan laluinya dengan sabar, serta fikirkan jalan yang terbaik untuk menjadikan diri dalam kalangan yang terbaik dan amalkan segala yang dipelajari dengan ikhlas dan istiqamah..

Dan keberhasilan itu, telah membuatkan segala kenangan manis dan pahit juga adalah kenangan yang paling indah dan sy biarkan ia berjalan dalam hati dan minda sy..selagi sy masih lagi dalam keadaan waras..hehe~

Jadi!, kenangan pahit bukan kenangan yang bodoh ianya lagi best dari kenangan manis!
tapi.....tidak sehebat kenangan manis...
sy paling suka yang sweet!!!

- Buat kita ketawa!
- Buat kita rasa dihargai!
- Buat kita bahagia
- dan...enjoy ur life guys!!!!.....XD

Hidup ini perlu dimeriahkan dengan warna-warna keajaiban!
Teruskan mencari detik kehidupan penuh dengan warna indah lagi krennnn!!!...haha =)))

HAVE A WONDERFUL DAY BUDDIES!!!  





˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

No comments: