March 8, 2010

.Penghargaan Buat Wanita.







Tanggal 8 MAC 2010...akhirnya, penghargaan untuk wanita dipandang dunia.
kosong juga dunia tanpa wanita bukan??


so! entri kali ini,saya paparkan tentang perjuangan & pengorbanan wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w, mungkin sedikit sebanyak akan mendorong anda untuk mengikut jejak langkah mereka!




Allah swt menjadikan kaum Hawa begitu istimewa & unik dan begitu besar peranannya dalam salasilah kemanusiaan. Bagi saya antara wanita yang begitu besar peranannya yang telah Allah kirimkan ke umat manusia disamping Hawa adalah Hajar ibu kepada Ismail a.s, Maryam ibu Isa a.s, Khadijah r.a isteri Rasulullah saw dan Fatimah Zahrah binti Rasulullah saw.


Peranan mereka ini jauh tersasar dari pandangan kalangan lelaki (tak kiralah dari apa kaum atau kepercayaan) yang menganggap wanita cuma sesuai untuk digunakan sebagai pelepas nafsu dan penyedia serta penghidang makanan dan peghias rumah.

Hajar umpamanya kalau kita kaji peranannya merupakan wanita yang bertanggungjawab membuka dan memajukan Kota Mekah. Apalah Mekah tanpa wanita ini, yang telah menemui telaga Zam-zam bersama Puteranya Ismail. Wanita cekal yang berdikari dan akhirnya melahirkan satu tamadun.



Khadijah umpamanya berperanan menghiburkan hati, memupuk semangat dan melindungi sumainya yang akhirnya dinobatkan sebagai Nabi akhir zaman. Tatkala Muhammad saw dalam ketakutan dan kebingungan, Khadijah dengan izin Allah lah yang telah menenangkannya dan manusia yang pertama memperakui ke nabiannya.

Fatimah pada usia yang muda berhadapan dengan musuh-musuh Allah, Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah bertanggungjawab sehingga tercurahnya najis di atas tubuh Baginda ketika bersolat di hadapan Kaabah. Fatimah menggantikan ibunya membakar semangat dan menghiburkan hati Baginda. Bersusah dan berkorban lantaran taat dan patuhnya pada Allah dan Rasul.

Kita semua memandang tinggi dan mengkagumi wanita-wanita besar ini, bukan kerana paras tubuhnya, bukan kerana kecantikannya (walaupun mereka mungkin demikian) tetapi lebih kerana kecekalan, ketabahan, keberanian dan sumbangan besar mereka terhadap Islam.

 Jemu apabila terdengar isu wanita dibangkitkan maka persepsi biasa kaum lelaki (sebahagiannya) adalah pada keindahan dan tubuh badan mereka semata-mata. Sehingga ada yang lebih gemar membincangkan isu kahwin dua, tiga dan empat, dari menghargai dan menghormati wanita seumpama kita menghormati Hajar, Khadijah dan Fatimah.





Bagi saya wanita yang paling saya hormati secara peribadi dalam hidup saya adalah ibuku!!!!!


 Ibu yang melahirkan dan bersusah membesarkan saya tidak terbayar olehku jasa dan ketabahannya itu. Ibu sudah tentu telah berjaya membesarkan saya sehingga seadanya saya hari ini, tetapi saya sendiri belum tentu mampu memeliharanya sebagaimana yang telah beliau lakukan terhadap saya ketika kecil dahulu. Sememangnya tidak ternilai kasih sayang seorang ibu...

Mengenangkan jasa ibu yang saya kasihi ini memungkinkan saya tidak tergamak melakukan sesuatu yang bakal menghiris dan melukai hatinya, walaupun kadangkala saya mungkin terlupa. Kesimpulannya dalam mengenangkan Hari Wanita Sedunia ini, bagi saya tiba masanya untuk kita meletakkan wanita pada kedudukannya yang sebenar. Hormatilah mereka, berikanlah hak mereka dimana yang perlu. Hargailah wanita dengan pengorbanan, kecekalan & kebolehan mereka..

kerana wanita adalah penyeri dunia yang tidak tenilai malah, lebih bernilai dari permata.. 


If a woman has to choose between catching a fly ball and saving an infant's life, she will choose to save the infant's life without even considering if there are men on base. ..









 Salam penghargaan dari saya kepada seluruh kaum Hawa!!! maju wanita untuk dunia!!!!



“Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”












untukmu WANITA, 
Si Misterina..



1 comment:

Zahra_Aziz said...

betul 2 qis..tanpa wanita memg sepi dunia tp kaum adam dan hawa itu saling melengkapi..tanpa salah satu drpnya x ada la umat manusia skrg ni..hehe..k truskn pjuangan anda dgn mnulis blog yg bagus yak..aku sokong dr blkg..kata2 semangat
ni khas buat ko..hehe...We don't know what the future holds. We only know it's starting now; looking forward brings hope. It can cleanse past problems and worries. Be optimistic. Percaya kalau kita boleh. Jangan pernah putus asa.
What you make of your life is up to you... :):)